|
kamilah yang telah diSUNGKAIkan...=) |
Pada 9-11 Disember 2011, PERSADA UTM bersama PERSADA UTHM, PERSADA UTEM, PERSADA UMK, PERSADA UITM, PERSADA UPM dan PERSADA UKM telah menyertai PROGRAM TRANSFORMASI PERSADA anjuran SERANTA (FELDA) JABATAN PERDANA MENTERI bertempat di KEM NADI, SUNGKAI, PERAK. Perkampungan selama 3 hari 2 malam itu sangat-sangat memberi kesan kepada kami untuk melalui sistem transformasi menjadi PERSADA yang lebih hebat. Siri ini adalah siri ke-3 selepas 2 siri sebelumnya dan 1 siri selepasnya. Kesemua 20 IPTA telah mengambil peluang untuk menjalani proses pengSUNGKAIan di sini. Kehebatan ketua fasilitator yang lebih dikenali dengan panggilan PAK YA banyak mengajar kami erti kehidupan. Ketegasan PAK DIN yang menjaga kami dalam erti hidup berdisiplin terasa bagai banyak yang masih perlu kami perbaiki. Kata-kata keramat beliau yang kami bawa balik ke universiti masing-masing iaitu "kalau tak boleh menyenangkan orang, jangan menyusahkan orang", "cakap! buat!", "satu untuk semua, semua untuk satu". Biarpun kata-kata ini terasa sangat simple namun kesannya sangat mendalam dalam memimpin sesebuah persatuan dan sebagainya.
|
jabatan gantung ni memang best..=) |
|
lebih kurang 2km perlu berjalan kaki sebelum sampai ke tapak kem. |
Bermula dengan sesi pendaftaran dan majlis pembukaan yang telah dirasmikan oleh YB DATUK HJ AHMAD BIN HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI. Kemudian, pelaksanaan modul demi modul yang memberi penekanan semangat kendiri, semangat kerjasama, kepimpinan, kepercayaan, keyakinan dan sebagainya. Ketahanan mental pula diuji hari ke hari oleh Pak Din, beliau mengajar kami erti ketetapan masa, persiapan diri, transformasi disiplin dan sebagainya. Kemudian, ketahanan fizikal juga diuji dengan melalui halangan-halangan seperti dalam ala-ala kem tentera. Seronok, kami dapat berhujan bersama, dapat mandi sungai dan paling penting UKHWAH di antara kami semakin rapat dan kuat. Selama di sana, kami juga telah dijaga oleh beberapa lagi 'pak-pak' yang seperti ayah kami sendiri. Terasa bagai dijaga oleh ayah dirumah. Degil dimarah, nakal ditegur namun kami yakin kami KUMPULAN TERBAIK!! Di sana juga kami telah mempelajari 1 lagu TEMA yang memang memberi kesan di hati yang bertajuk
BILA DIRI DISAYANGI. Meneliti 1 persatu bait-bait lirik yang boleh mendekatkan kita kepada Sang Pencipta yang Maha Esa. Sentuhan rohaniah pada malam terakhir sangat membawa kami seperti dilahirkan semula. Meninggalkan segala yang telah berlalu dan bermula episod baru untuk melalui hari-hari mendatang. TERIMA KASIH PAK YA!! Selepas majlis penutupan di hari terakhir berada di sana, kami telah dihadiahkan berbakul-bakul buah durian untuk makan bersama-sama. Semakin banyak kenangan yang kami simpulkan bersama. Terasa sedih ingin berpisah namun KENANGAN itu adalah SEMANGAN dan KEKUATAN..terima kasih atas segalanya..=)
|
berkawad ala kem nadi..TERBAIK!! |
|
salah satu sesi perbincangan dalam kumpulan. |
|
pengerusi PERSADAUTM (mohd taufik bin lehat) menerima sijil penyertaan. |
|
sesi KENDURI durian...hahaha...BEST!! |
|
gambar kenangan bersama sahabat baik...PERSADA UTHM..=) |
|
bergambar kenangan bersama insan bernama PAK DIN..=) |
|
ukhwah kami sambil menyanyikan lagi BILA DIRI DISAYANGI. |
|
bersama kakak tersayang (berbaju biru). |
--> buat insan-insan di KEM NADI...KALIAN TERBAIK!! buat kakak tersayang (KAK DAYAH-SERANTA), terima kasih menjaga kami 12 orang yang nakal ini...=) buat SAHABAT-SABAHAT PERSADA, kalian adalah sahabat TERBAIK!!! =)
0 comments:
Post a Comment