|
di Jeti Pulau Pangkor |
FELDA telah membuat 1 program TEAMBUILDING buat ahli-ahli PERSADA 20 IPTA pada 25-26 Disember 2011 bertempat di PULAU PANGKOR. 1 universiti di minta untuk menghantar 5 orang ahli (MT) untuk menghadiri kursus tersebut. Seramai hampir 70 peserta berkampung di TELUK DALAM RESORT selama 2 hari 1 malam. Pendekatan teambuilding yang diketengahkan mengajar kami erti bekerjasama antara ahli pasukan, "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH". Bermula dengan ICEBREAKING, kemudian di sebelah petang pula OUTDOOR activity (JUNGLE TRACKING and BERAKIT). Jauh juga "jungle tracking" dan bertemu dengan makhluk Allah yang lain dalam hutan (pacat dan lintah),. Kami juga dapat melihat tumbuhan-tumbuhan yang selama ini hanya dapat dengar nama tapi kali ini kami dapat memegang dan melihat sendiri pokok tongkat ali, pokok serapat dan sebangainya. Semangat rakan sepasukan juga amat-amat bernilai ketika ini. Kami berganding bahu antara kesemua ahli PERSADA, tidak kira kami dari universiti mana. Setelah menuruni bukit tinggi dan melalui curam demi curam kami sampai di persisiran pantai. permandangan yang sangat indah macam dalam cerita OMBAK RINDU. Damai sangat namun ada lagi 1 halangan yang perlu kami tempuhi iaitu membuat rakit untuk pulang semula ke chalet kami. walaupun kami hanya perlu mengikat tali namun salah ikat, bersepai tengah laut, hanyut sampai lautan india. Semangat kerjasama sekali lagi ditonjolkan. Sebelum berakit, kami dimintak untuk melakukan "water confident" terlebih dahulu, dan ade diantara kami baru pertama kali merasai bagaimana terapung di atas air. Seronok perasaan itu dan tidak digambarkan dengan kata-kata. Buat dan rasai sendiri keseronokan itu. Akhirnya, selepas membaca doa yang dipimpin oleh SAUDARA SHAHRIL (UMP) kami dimintak untuk berakit sejauh hampir 3 kilometer di tengan lautan. Sekali lagi perasaan diuji dengan rasa yang bercampur baur, berdebar, risau, seronok, teruja dan sebagainya. Semangat BERSATU HATI amat diperlukan semasa berakit. kalu tidak bersatu pasti rakit tidak bergerak. Dengan izin Allah, kesemua ahli PERSADA selamat tiba destinasi..terasa macam mimpi berada di atas rakit di tengah lautan bersama SAHABAT-SAHABAT PERSADA...=)
|
berhati-hati turun kawasan yang agak curam |
|
kumpulan terakhir = gambar penuh memori..=) |
|
berdebar sebenarnya nak berakit..makan pun da tak lalu.. |
|
mengenang buah hati yang ditinggal jauh semata-mata untuk ke pulau pangkor |
Disebelah malam pula, kami diminta untuk membuat persembahan kebudayaan mengikut negeri-negeri yang diberi kepada setiap kumpulan. Banyak bakat terpendam yang ada dalam diri ahli-ahli PERSADA yang sememangnya memang berbakat dan sempoi. Ada persembahan karaoke daripada TN.HJ.FAIZOULL dan DATUK AB RAHIM serta ahli-ahli PERSADA sendiri. Majlis makan malam yang dihidangkan pelbagai jenis makan BBQ (daging, udang, ketam, ayam, ikan) dan sebagainya. Senang cerita memang kenyang..=)
Keesokan hari adalah hari terakhir dan majlis penutup yang dirasmikan oleh YG.BHG TN.HJ. FAIZOULL BIN AHMAD, TIMB PENGARAH BESAR BHGIAN KOMUNITI FELDA. Kami meninggalkan PULAU PANGKOR dalam jam1400 dan pulang ke universiti masing-masing.
|
ikatan UKHWAH kami..=) |
|
majlis penutupan |
|
mata tak tahu nak pandang mana..banyak sangat kamera..=) |
|
bergambar kenangan bersama KSU KPT n PERSADA UTM |
|
bakat-bakat terpendam ahli PERSADA |
|
makan malam yang sangat BEST!! |
|
pasangan DUET terhebat PERSADA..=) |
--> BUATMU SAHABAT PERSADA : Terima kasih atas segala kenangan yang kalian sudi kongsikan bersama kami. semoga ikatan UKHWAH yang kita bina tidak akan putus hingga keakhirnya. Kamulah SABAHAT kamulah TEMAN...=)
0 comments:
Post a Comment